the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat dakwaan wanita Belgium cedera peluru sesat di Penang

Polis Pulau Pinang sedang siasat dakwaan wanita Belgium cedera akibat peluru sesat di kondominium Batu Ferringhi, temui ketidakkonsistenan keterangan

GEORGE TOWN: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang wanita warga Belgium mengalami kecederaan akibat terkena peluru sesat.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 67 tahun itu mendakwa mengalami kecederaan ketika berada di rumahnya di sebuah kondominium di Batu Ferringhi pada Isnin lepas.

Mangsa yang merupakan pemegang visa Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mendakwa terdengar bunyi letupan sebelum mengalami kecederaan dalam kejadian pada 5.35 pagi.

Wanita itu telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan ditahan di wad selama sehari sebelum membuat laporan polis.

Pasukan forensik menemui titisan darah dipercayai milik mangsa dalam sebuah bilik di kondominium tersebut.

Namun polis tidak menemui sebarang anak peluru atau kesan tembakan dalam rumah mangsa.

“Kenyataan doktor yang merawat mangsa mendapati wanita itu mengalami kecederaan luka melecet pada bahagian atas kening mata,” kata Azizee.

Kecederaan itu dipercayai disebabkan oleh objek tumpul dan tiada sebarang luka tembakan dikesan pada tubuh mangsa.

Siasatan awal polis mendapati terdapat beberapa aspek keterangan yang tidak konsisten diberikan oleh wanita itu.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Polis menjalankan siasatan kes itu di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.– Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings