the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan peruntuk RM20 juta untuk turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh, dijangka siap menjelang Hari Raya.

IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM20 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kerja penurapan semula 400 jalan perumahan di bandar raya ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata kelulusan khas oleh Kementerian Kewangan itu susulan kejayaan KPKT meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pelbagai projek seperti Taman Rekreasi MADANI.

“Saya yakin di bawah pimpinan Datuk Bandar Ipoh (Zamakhshari Hanipah), sasaran kita adalah penurapan semula hampir 400 jalan dalam kawasan perumahan seluruh Ipoh,” katanya.

Beliau meminta MBI memastikan analisis kos dan faedah dilakukan sebelum melantik kontraktor yang menawarkan kerja berkualiti terbaik.

Nga berkata kerja-kerja dijangka bermula tidak lama lagi dan disiapkan sepenuhnya menjelang Hari Raya.

KPKT akan memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut piawaian tinggi untuk manfaat rakyat dan menjamin keselamatan jalan.

Beliau menganggarkan kos penurapan semula satu jalan perumahan adalah kira-kira RM50,000.

“Apabila peruntukan turun, kita kena pastikan kualiti itu ada supaya rakyat akan rasa teruja dengan perubahan yang sedang kita bawa bersama,” ujarnya.

Related

spot_img

Latest

Mahkamah tinggi sahkan kuasa penuh raja dalam pengampunan

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes Najib Razak tidak mengurangkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri, tegas Jabatan Peguam Negara.

Most Viewed

Dhanarak Asset Development unveils Thailand’s first green government city at Government Complex Bangkok

Dhanarak Asset Development has unveiled Thailand’s first green government city at the Government Complex Bangkok, transforming state-owned land into a walkable, people-first urban environment. The initiative positions the complex as a scalable model for sustainable, government-led city development that prioritises health, nature, and community access.
spot_img

Popular Categories