the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 468 orang

Mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu meningkat kepada 468 orang, ditempatkan di empat pusat pemindahan di tiga daerah.

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu meningkat kepada 468 orang daripada 116 keluarga setakat pagi ini.

Ini berbanding 103 orang daripada 24 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 372 orang daripada 91 keluarga.

Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 87 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di sebuah PPS di SK Chendering.

Manakala di daerah Dungun, 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS di Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.

Beberapa laluan yang ditutup akibat banjir kilat semalam telah dibuka semula.

Laluan terbabit ialah Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Jalan Sultan Ismail menghala ke Bulatan Ladang serta Jalan Kamarudin menghala ke Pengadang Akar.

Berdasarkan laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di tiga stesen melepasi paras waspada.

Stesen berkenaan ialah Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1) di Hulu Terengganu.

Satu lagi ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap (F1) di Setiu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories