the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

187 sekolah di Johor sedia diaktifkan sebagai PPS: Exco

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 187 sekolah di Johor sedia diaktifkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya banjir berlaku susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh berkata PPS itu membabitkan dua di Pasir Gudang, Johor Bahru (empat), Kulai (lima) Pontian (enam), Mersing (tujuh), Kota Tinggi (12), Tangkak (15), Muar (16), Kluang (22), Segamat (25) dan Batu Pahat (73).

Beliau berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah selesai memberikan taklimat kepada sekolah terlibat sebagai persediaan awal termasuk mengenai tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan barangan seperti perabot, meja, kerusi dan buku.

“Kesemua 187 PPS ini adalah melibatkan sekolah menengah dan sekolah kebangsaan, kesemua pihak sekolah terlibat juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan bentuk persediaan yang perlu dilakukan.

“Kita sentiasa bersedia untuk mengaktifkan PPS ini sebaik mendapat isyarat bencana banjir berlaku di kawasan yang terlibat,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Norlizah berkata kerajaan negeri komited melakukan persediaan awal menghadapi banjir termasuk memindahkan pelajar yang akan terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke kawasan yang selamat menerusi Op Payung.

“Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan juga telah memaklumkan sekiranya banjir berlaku ketika peperiksaan SPM, pelajar perlu dipindahkan segera ke kawasan selamat.

“Setakat ini kita tidak berhasrat untuk menangguhkan peperiksaan SPM, kerana ia akan merumitkan pelajar nanti,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings