the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banci Ekonomi 2026 utamakan sektor informal untuk data ekonomi tepat

Banci Ekonomi 2026 fokus kepada sektor informal seperti penjaja dan peniaga kecil, sasar 300,000 responden awal untuk data dasar kerajaan.

SEPANG: Sektor informal menjadi tumpuan utama pelaksanaan Banci Ekonomi (BE) 2026 yang bermula semalam.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keutamaan diberikan kepada penjaja, peniaga kecil, pengusaha makanan dan peniaga pasar tani.

Beliau berkata ini bagi memastikan aktiviti ekonomi yang sukar dikesan sebelum ini tidak tercicir daripada data rasmi negara.

“Di peringkat awal pemulaan banci ekonomi ini, kita sasarkan kepada pengusaha, peniaga dan perniagaan kecil-kecilan yang mana mereka tidak ada akaun rasmi,” katanya selepas meninjau pelaksanaan BE 2026 di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi.

Anggaran awal menunjukkan kira-kira 300,000 responden dari seluruh negara akan dibanci pada peringkat awal.

Mohd Uzir berkata sektor informal kini berkembang pesat seiring penggunaan media sosial dan platform digital.

“Ada yang berniaga secara informal tetapi penggunaan media sosial sangat meluas,” katanya.

Mengenai sektor ekonomi gig, beliau berkata pempengaruh dan pencipta kandungan juga turut dibanci dalam BE 2026 kali ini.

Banci kali ini turut diperkukuh dengan modul baharu berkaitan ekonomi digital dan penggunaan teknologi.

Data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai asas penetapan penanda aras baharu ekonomi negara.

Ia juga akan membantu kerajaan merangka dasar sokongan yang lebih tepat kepada sektor informal.

“Melalui data ini, kita boleh mengenal pasti jurang bekalan, kekangan yang dihadapi dan keperluan sebenar pengusaha kecil,” jelas Mohd Uzir.

BE 2026 adalah banci keenam dilaksanakan di Malaysia sejak 2001.

Liputannya menggunakan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia 2025 yang dikemas kini.

Klasifikasi itu merangkumi lima sektor, 17 seksyen dan 1,216 industri bagi mencerminkan perubahan struktur ekonomi semasa.

Banci ini menyokong pelaksanaan dasar nasional utama termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Ia turut memberi tumpuan kepada landskap ekonomi baharu seperti perkhidmatan bergerak, platform gig dan perniagaan mikro.

Buat julung kalinya, banci itu akan meliputi sektor informal secara komprehensif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings