the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa lemah di Segamat bukti sejarah aktiviti gunung berapi purba

Gempa bumi 2.7 skala Richter di Segamat membuktikan kawasan itu pernah mengalami aktiviti gunung berapi berjuta tahun lampau menurut JMG.

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter yang direkodkan di Jementah, Segamat membuktikan sejarah aktiviti gunung berapi purba di kawasan tersebut.

Menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), kejadian itu berlaku dalam zon volkanik purba Tertier yang pernah mengalami aktiviti gunung berapi berjuta tahun lalu.

Berdasarkan data Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Hasil semakan menggunakan Peta Geologi Malaysia menunjukkan kawasan tersebut terdiri daripada aliran lava serta endapan batuan Tertier lewat,” menurut JMG dalam kenyataan.

Ciri-ciri geologi tersebut membuktikan Segamat khususnya di sekitar Jementah dan Batu Badak pernah menjadi kawasan aktiviti gunung berapi purba.

JMG turut memaklumkan gempa semalam bukan yang pertama direkodkan di zon sama apabila sebelum ini gempa berukuran 4.1 pernah dikesan berhampiran lokasi berkenaan.

“Kedua-dua kejadian ini berpusat di sekitar zon volkanik Tertier Segamat dan menunjukkan kemungkinan wujudnya pengaktifan semula tekanan tektonik,” menurut JMG.

Gempa bumi lemah berkenaan dikategorikan sebagai gempa cetek setempat dan tidak menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan awam.

Walaupun gegarannya dapat dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran, ia tidak membahayakan struktur bangunan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings