the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GRS kekal sokong kerajaan MADANI, tuntutan MA63 diluluskan

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan komitmen untuk terus menyokong Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan ini diberikan selepas pelbagai tuntutan negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya dipenuhi.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyatakan bahawa keputusan ini berasaskan komitmen kerajaan persekutuan terhadap kepentingan Sabah. “Banyak inisiatif dan tuntutan kita dalam MA63 telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Kalau Kerajaan MADANI baik untuk negeri kita, mengapa kita tidak sokong?” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu. Hajiji turut menyentuh mengenai keputusan GRS untuk beralih sokongan, yang didorong oleh sikap kerajaan terdahulu yang didakwa tidak menyokong konsep ‘Blok Borneo’.

“Saya terkejut dengan kenyataan itu. Selepas meneliti pelbagai aspek, saya putuskan untuk menyokong Kerajaan MADANI,“ jelasnya. Selain itu, Hajiji akan menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 di Jakarta untuk membincangkan isu berkaitan Laut Sulawesi – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings