the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN rampas lapan buku disyaki ada unsur komunisme

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan naskah buku disyaki mengandungi unsur komunisme dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya dekat sini, pada Nov 23.

KDN dalam satu kenyataan semalam (Nov 24) memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit.

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) yang membolehkan penguat kuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut,” katanya.

KDN berkata ia komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen mengganggu-gugat ketenteraman awam, moral, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa.

Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000/8889 3145, e-mel kepada [email protected] atau melalui laman sesawang www.moha.gov.my. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings