the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Pakistan maut, rakan cedera parah selepas rempuh Plaza Tol Sungai Dua

Seorang lelaki Pakistan maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta mereka terbabis dan merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth.

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa yang cedera itu dikenal pasti sebagai Zafar Iqbal, 42 tahun.

Identiti lelaki yang maut dalam kejadian malam tadi itu masih belum dikenal pasti.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.43 malam berhubung insiden yang membabitkan sebuah Perodua Aruz.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas tiba di lokasi dan mendapati dua mangsa lelaki tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

“Penumpang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” menurut John Sagun dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Pemandu kereta berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas dalam tempoh 15 minit dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela.

Pemandu itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Mayatnya dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings