the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 5.30 petang.

“Pemeriksaan dalam beg silang lelaki itu menemukan pil kuda dan heroin yang dibungkus dalam peket dan botol plastik.

“Polis turut menyita wang tunai RM200 dan sebuah kereta Perodua Axia daripadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit yang didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah kini disiasat mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings