the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan sepasang suami isteri, rampas 265 kg daun ketum

SEPANG: Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 265 kilogram dedaun hijau disyaki daun ketum daripada mereka yang dianggar bernilai RM10,600, di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata masing-masing yang berumur 36 dan 38 tahun ditahan kira-kira 2.30 pagi oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kenderaan jenis Nissan Navara dinaiki pasangan itu menemukan 14 beg guni plastik berzip dengan di dalam setiap beg guni itu mengandungi plastik hitam berisi dedaun hijau disyaki daun ketum.

“Daun ketum yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran sekitar selatan Semenanjung,“ katanya.

Wan Kamarul Azran berkata hasil saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis THC manakala wanita negatif dadah.

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah lampau kini direman hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings