the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses rekod keterangan pasangan pengasas FashionValet bersambung pagi ini

PUTRAJAYA: Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan hari ini.

Kenderaan membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 9.14 pagi.

Hari ini memasuki hari keempat proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet sejak 2018 hingga tahun lepas.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 Nov lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings