the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sabah FA kalah 0-1 kepada Selangor FC, rekod tanpa kalah LWN 2025 lebur

Sabah FA tewas tipis 0-1 kepada Selangor FC di perlawanan terakhir LWN 2025, rekod tanpa kalah musim ini lebur walaupun sudah juara

SABAH FA gagal menamatkan kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 tanpa kekalahan selepas tewas tipis 0-1 kepada Selangor FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pasukan yang sudah pun diisytiharkan juara itu ketinggalan pada minit ke-19 menerusi jaringan ketua pasukan Selangor, Nur Ainsyah Murad.

Sabah berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-34, tetapi sepakan percuma ketua pasukan mereka, Win Theingi Tun, mengenai palang gol.

Selangor hampir menambah jaringan pada minit ke-50 melalui sepakan percuma Jang Bojeong, tetapi percubaannya tersasar.

Peluang terbaik Sabah pada babak kedua datang pada minit ke-88, namun rembatan Haindee Mosroh berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor, Daiyana Wardina Mohd Rosdi.

Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah Sabah pada perlawanan terakhir musim ini.

Mereka menamatkan kempen dengan 37 mata selepas 14 perlawanan.

Selangor pula mengesahkan kedudukan naib juara LWN 2025 dengan mengumpul 34 mata.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories