the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga beregu campuran Malaysia mara ke pusingan kedua Terbuka Jepun 2025

KUALA LUMPUR: Tiga beregu campuran Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan pada hari pertama Terbuka Jepun 2025 dengan mara ke pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.

Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengatasi pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, dalam dua set mudah 21-15, 21-10. Pasangan keenam dunia itu akan berdepan gandingan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch, pada pusingan kedua.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut menunjukkan aksi mantap dengan menewaskan Kevin Lee-Josephine Wu dari Kanada 21-15, 21-19. Sementara itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Presley Smith-Jennie Gain dari Amerika Syarikat 21-19, 12-21, 21-16. Mereka bakal berdepan cabaran lebih besar apabila berhadapan dengan pilihan kedua China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Malangnya, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien gagal melepasi halangan pertama selepas tewas kepada Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun 21-9, 21-8. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings