the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Allahyarhamah Seriwani Sabtu

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Allahyarhamah Seriwani Sabtu yang meninggal dunia, pagi tadi.

Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook menyifatkan Allahyarhamah yang merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Setiawangsa itu, sebagai seorang pegawai yang amat komited serta berdedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

“Pagi ini, saya rasa hiba dan sedih menerima khabar duka kehilangan seorang pegawai… Allahyarhamah Seriwani Sabtu telah kembali menghadap Ilahi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar 8 pagi tadi. Satu kehilangan besar bagi kita semua.

“Dalam kunjungan terakhir saya pada Sabtu lalu, saya dapat melihat betapa tabah dan cekalnya beliau menghadapi ujian kesakitan yang dialami. Namun, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Saya berdoa semoga Allah SWT mencurahkan rahmat, maghfirah dan kasih sayang-Nya kepada Allahyarhamah, serta menempatkannya dalam kalangan insan solehah yang beroleh jannah,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno turut berharap seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings