the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gara-gara enggan bayar denda hilang kad pengenalan, jurujual buat laporan polis palsu

KUALA LUMPUR: Gara-gara enggan membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang jurujual berusia 25 tahun ditahan selepas membuat laporan polis palsu mengatakan disamun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kejadian samun seperti didakwa lelaki tempatan itu didapati tidak berlaku selepas soal siasat dilakukan terhadapnya apabila dia membuat laporan polis.

“Suspek mendakwa semasa berjalan kaki di Jalan USJ 14/1D Subang Jaya pada kira-kira 1 pagi semalam, dua lelaki menaiki motosikal menyamunnya menggunakan pisau menyebabkan kerugian anggaran RM200,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Shah Alam esok.

“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana ia kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings