the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Iran nafi capai persetujuan gencatan senjata dengan Israel

WASHINGTON: Menteri Luar Iran pada awal Selasa menegaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang persetujuan mengenai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Seperti yang telah ditegaskan berkali-kali oleh Iran: Israel yang memulakan peperangan terhadap Iran, bukan sebaliknya.

“Sehingga kini, TIADA sebarang ‘persetujuan’ berkaitan gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan,” kata Abbas Araghchi menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini bahawa Israel dan Iran telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara “penuh dan menyeluruh” di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Namun, sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya 4 pagi waktu Tehran, kami tiada hasrat untuk meneruskan serangan balas selepas itu.

“Keputusan muktamad berhubung pemberhentian operasi ketenteraan kami akan dibuat kemudian,” kata Araghchi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings