the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kutuk serangan udara Israel ke atas Syria, Lubnan

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis Israel baru-baru ini ke atas Syria dan Lubnan yang disifatkan sebagai pelanggaran nyata terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah kedua-dua negara itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata serangan ke atas Damsyik dan bandar Druze di Syria, serta di Lembah Bekaa di Lubnan, merupakan pelanggaran terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

“Serangan itu telah meragut ratusan nyawa, termasuk orang awam.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan agresif berterusan rejim Zionis Israel ke atas negara lain yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) agar melaksanakan tanggungjawab seperti termaktub dalam piagam untuk menamatkan kitaran keganasan demi mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu.

Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar mendapatkan bantuan konsul sekiranya perlu.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi di talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan pula boleh dihubungi di talian +961 7677 2527 / +961 7138 0063 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di [email protected] – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings