the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat wanita dan anak perempuan reput ditemui dalam rumah di George Town

GEORGE TOWN: Seorang wanita dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini hari Isnin (Jun 30).

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk disyaki bau mayat dari rumah berkenaan pada 4.41 petang.

“Pasukan siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dibantu anggota bomba telah memecah masuk ke dalam rumah itu dan menjumpai mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan telah mereput.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri, didapati masing-masing berumur 40 dan dua tahun serta dipercayai hubungan mereka adalah ibu dan anak,“ katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Beliau berkata pakar forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings