the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan pihak terlibat wujudkan akaun palsu guna gambar Raja Muda Selangor

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan pihak yang terlibat mewujudkan akaun palsu TikTok menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat dan menurunkan enam pautan akaun TikTok yang berkaitan.

“MCMC telah bantu polis untuk sekat, turunkan lima atau enam pautan berkaitan.

“Kita akan terus siasat, cari siapa terlibat wujudkan akaun palsu tersebut… ia satu proses yang akan ambil masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Hussein memaklumkan polis menerima laporan dibuat Istana Selangor berkaitan akaun TikTok tersebut selepas mendapati ia bukan milik Tengku Amir dan disahkan palsu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan lain, Hussein berkata polis masih menunggu maklum balas daripada pihak Pendakwa Raya berhubung kertas siasatan kes bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang dijumpai di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Mac lepas.

“Siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan juga telah dihantar…sekarang kita tunggu pandangan daripada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut…setakat ini kita belum dapat maklum balas,“ katanya.

Hussein berkata polis akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) untuk menyiasat kes itu jika pihaknya masih tidak dapat mengesan sumber wang berkenaan.

Beliau berkata akta itu yang antara lain membolehkan wang berkenaan dilucutkan hak boleh digunakan susulan kegagalan individu yang mendakwa dirinya sebagai pemilik wang gagal membuktikan sumber kewangan.

“Jika tidak dapat kesan sumber wang, kita akan siasat di bawah AMLA atas kesalahan mengubah wang haram, dan ia ada prosedurnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 tersebut telah tampil memberi keterangan namun gagal membuktikan sumber kewangan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings