KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhamamd Fakhry Petra berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi di sini hari ini.

Baginda tiba di masjid berkenaan pada 8.15 pagi.

Mengiringi baginda ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud.

Solat diimamkan oleh Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Muhamad Hana Fizi Abdullah, manakala khutbah dibacakan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri.

Kira-kira 2,000 jemaah turut hadir menunaikan solat sunat Aidiladha itu.